Kata Kata Aluan
Empower your life…. ‘Whatever you think you are, you’re more than that…’
Pertama kali saya bertemu Lin ketika menghadiri program Energised Woman pada Jun 2007. Ini merupakan pengetahuan pertama saya terhadap dunia NLP yang mempesonakan. Namun, yang lebih mengagumkan saya adalah keupayaan Lin menyampaikan program dengan cara yang unik, tepat dan kata-kata yang sangat menyentuh perasaan kepada semua peserta yang hadir. Sejak itu, saya mula mengenali Lin dengan lebih dekat sehingga kami menjadi teman rapat. Saya amat mengagumi Lin yang bijak berkomunikasi dan membantu setiap orang menyelesaikan masalah mereka.
Idea tentang pemikiran kita boleh membentuk kejayaan atau kegagalan adalah sesuatu yang baru buat saya. Namun, mulai saat itu saya mula belajar bahawa ia mungkin menjadi kunci untuk mencapai impian dan kecemerlangan.
Seandainya anda baru sahaja mengenali NLP dan ingin mempelajarinya dengan lebih lanjut, seandainya anda ingin mencapai matlamat peribadi dan profesional, maka buku ini adalah untuk saudara. Dengan memahami prinsip-prinsip NLP, anda akan menikmati kawalan dan kebebasan minda sendiri, selain tindak balas dan interaksi dengan orang lain. Ia akan memberi anda keupayaan untuk memilih mental dan emosi, serta kesejahteraan fizikal.
Saya sedar bahawa buku ini membolehkan Lin mendapat lebih ramai orang dan membantu mereka. Saya percaya anda tentu menikmati dan mendapat manfaat yang maksimum dengan membaca buku ini, seperti yang saya alami.
Datin Paduka Komala Devi Krishna Moorthy DPMS KMN PPT
National Women Leader
Malaysian Indian Congress
Former Member of Parliament for Kapar, Selangor and
Former Parliamentary Secretary, Ministry of Education, Malaysia

Sabtu, 20 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan