Sabtu, 20 Februari 2010

Kata Kata Aluan

Kata Kata Aluan



Empower your life…. ‘Whatever you think you are, you’re more than that…’

Pertama kali saya bertemu Lin ketika menghadiri program Energised Woman pada Jun 2007. Ini merupakan pengetahuan pertama saya terhadap dunia NLP yang mempesonakan. Namun, yang lebih mengagumkan saya adalah keupayaan Lin menyampaikan program dengan cara yang unik, tepat dan kata-kata yang sangat menyentuh perasaan kepada semua peserta yang hadir. Sejak itu, saya mula mengenali Lin dengan lebih dekat sehingga kami menjadi teman rapat. Saya amat mengagumi Lin yang bijak berkomunikasi dan membantu setiap orang menyelesaikan masalah mereka.

Idea tentang pemikiran kita boleh membentuk kejayaan atau kegagalan adalah sesuatu yang baru buat saya. Namun, mulai saat itu saya mula belajar bahawa ia mungkin menjadi kunci untuk mencapai impian dan kecemerlangan.

Seandainya anda baru sahaja mengenali NLP dan ingin mempelajarinya dengan lebih lanjut, seandainya anda ingin mencapai matlamat peribadi dan profesional, maka buku ini adalah untuk saudara. Dengan memahami prinsip-prinsip NLP, anda akan menikmati kawalan dan kebebasan minda sendiri, selain tindak balas dan interaksi dengan orang lain. Ia akan memberi anda keupayaan untuk memilih mental dan emosi, serta kesejahteraan fizikal.

Saya sedar bahawa buku ini membolehkan Lin mendapat lebih ramai orang dan membantu mereka. Saya percaya anda tentu menikmati dan mendapat manfaat yang maksimum dengan membaca buku ini, seperti yang saya alami.

Datin Paduka Komala Devi Krishna Moorthy DPMS KMN PPT
National Women Leader
Malaysian Indian Congress
Former Member of Parliament for Kapar, Selangor and
Former Parliamentary Secretary, Ministry of Education, Malaysia

Testimonial

Mempunyai ilmu pengetahuan yang dapat membantu kaum wanita supaya mempunyai pemikiran yang positif dan tidak memandang perkara yang remeh supaya tidak menjadi sesuatu perkara yang besar. Anda memang best. - herdawati@water.gov.my

Kak Lin, TQ for your sharing experienced. It’s very precious and meaningful for me to gain my experience in my future undertaking. TQ. - Afizah Hanim - afizah@cidb.gov.my

Good your presentation and performed. - Nor Afifah Baharuddin - afifah@cidb.gov.my

Mrs. Chatterton. Saya merasakan pensisian program pada hari ini & memberikan saya satu pengalaman baru dalam hidup cara. Program ini turut membantu diri saya untuk lebih mendalami & memahami diri sendiri. Sekaligus dapat saya praktikan aplikasi ke dalam kehidupan seharian terutama apabila berhadapan dengan orang sekali. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan ini. Semoga terus sukses! Sampai ketemu lagi. - Nur Azida Omar - zizida@hotmail.com. nurazida@mohr.gov.my

Pn. Lin Chatterton Nekmat. Kursus motivasi yang boleh memberi keyakinan dan semangat pada diri untuk menghadapi kehidupan yang mencabar. Nor Hayati Ruhi Bt Mat Hussin.- norhayati_1410@yahoo.com

Pn. Lin. Penceramah yang best. Banyak info. Norhasidah Bt. Abd. Latip - norhasidah@townplan.gov.my

Saya suka menghadiri kursus motivasi ini. Banyak idea-idea dan pemikiran kreatif yang dikongsi bersama. Saya suka cara pn. Lin bagi motivasi. Insyaallah, saya akan guna/practice ilmu yang diturunkan untuk saya demi masa depan dan kerjaya saya - Suria - suria@water.gov.my

Ceramah yang diberikan, amat berkesan dan berguna untuk saya memantapkan lagi diri dalam kerja yang dilakukan. - Norshaliza - shaliza@water.gov.my

Ilmu yang diberikan begitu bermanfaat dan insyaallah akan dipergunakan dalam menjalani kehidupan seharian. Insyaallah akan cuba dipraktikan. Tingkatkan lagi usaha kak lin semoga lebih berjaya. - Zailena Noor Bt. Zaibidin - zailena@perak.gov.my

Saya berpuas hati dengan lecture puan.. isi kandugan yang amat bagus untuk saya perbaiki diri dan panduan untuk saya sebagai pekerja, isteri & ibu. - Suzana Bt. Mohamad Nor- suzana@perak.gov.my

Saya rasa puan sangat bagus dalam memberi motivasi kepada kakitangan seperti saya. Membantu meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam setiap individu yang mengikuti kelas puan. Tahniah dan semoga puan Teres maju dalam bidang yang diceburi.- Misni Bt. Dollah - gadismelayuasli@yahoo.com

Terima kasih sangat bagus dan yang penting kursus ini tidak rasa takut. Malah rasa seronok dan bersemangat. Diharap akan datang boss kami memberi peluang untuk berkursus dengan puan. - robiatoz@salam.uitm.edu.my
Dear Pn. Lin. The performance was awesome. But because we had lack of time, pengisian tak dapat difahami sepenuhnya. Thanks for all your advise, information, etc … which is very good to guide as PA. - Norfadiah Fidri - fadiahfidri@salam.uitm.edu.my / diahfidri@hotmail.com

Good speech! Hope to see you again! Suhana Bt. Mohd Yasin - suhana343@melaka.uitm.edu.my

Puan Lin, Saya sangat bertenaga dengan kursus ini. Cara penyampaian yang sempurna, nota yang lengkap dan persekitaran yang selesa menjadikan kursus ini sangat efektif. Harap diadakan bagi pada masa akan datang dan saya akan suggest kepada kawan kawan. Saya juga berharap dapat mengikuti lagi pada masa akan datang. TQ. zeti_ladybird@yahoo.com yn_izzati@putra.upm.edu.my

Puan Lin, Saya berminati dengan penyampaian anda dan Adakan lebih banyak program-program seperti ini dimasa akan datang. - Nazlizah Basir

Saya sangat suka cara cakapnya, gayanya suka ketawa dan cara memberi mengurangkan rasa stress sangat memuaskan. Bagi saya programme sangat berguna bagi saya. - Nurhani Binti Putolo

Puan Lin, It’s very good, banyak pengetahuan yang diperolehi.- Unknown

Saya seronok dan selama ini saya banyak berfikiran negatif, dengan apa yang Kak Lin terangkan, saya dapat membina semangat yang lebih tinggi, dalam meneruskan hidup sebagai ibu tunggal. Terima kasih banyak-banyak. - Rosliza Ramli

Bengkel ini menyeronokan dapat membuka minda dan fikiran. Dapat belajar cara-cara untuk mengatasi tekanan stress. Dapat pengalaman dan memuaskan. - Saodah Binti Jumadi

Pada pendapat saya bengkel serupa ini dapat menaikan tenaga pada ibu-ibu tunggal dan dapat mengeluarkan diri menjadi lebih mentap. - Sabariyah Bt. Abdul Manap

Penyampaian memuaskan. Aktiviti dapat membuka minda. Banyakkan lagi seminar seperti ini di masa akan datang. - Suhailah Amat

Program Puan Lin ádalah bagus untuk semua ibu tunggal. Ia boleh memberikan manafaat kepada semua ibu tunggal supaya yakin pada diri sendiri dan lebih maju kehadapan. Memberi kita lebih matang dan lebih banyak berfikir untuk diri kita sendiri. – Unknown

Ianya jelas dan menolong kita sedar akan kesilapan kita supaya lebih majukan diri sendiri supaya orang akan rasa kita tidak lemah dalam menghadapi sesuatu masalah. Membuka minda yang selama ini tidak disedari. Dengan program ini mungkin terbuka minda yang tak ceria, lemha kepada yang lebih bagus. - Zaitun Bt Uda Mohammad

Motivasi yang puan sampaikan memang baik. Saya suka - Krishnavani a/p N. Thirunavakkarasu

Saya berpuas hati dengan motivasi yang diberikan. Hari ini saya dapat Ilmu yang bermanfaat untuk menguna kehidupan ini. Saya harap puan dapat meneruskan usaha puan terutamanya untuk ibu tunggal. Hanya jutaan terima kasih sahaja yang dapat saya uruskan di sini. Sekian, terima kasih. - Zubaidah Kunjuman

Puan Lin, Saya sangat suka cara puan memberi motivasi kepada saya dan dapat menambahkan ilmu yang selama ini tidak terjawab apa yang kita rasa. - Asiah Bt. Md Sirij

Penyampaian memuaskan mengandungi ciri-ciri nasihat bengkel ini harus diadakan pada setiap tahun. - Rosimah Bt. Ayob

Pada pendapat saya, kursus ini dapat menambahkan limu pengetahuan untuk diri saya untuk menghadapi masalah-masalah ini dengan lebih tabah. Sekian tarima kasih diatas segalanya. -Azeana Jubri

Motivasi yang Puan sampaikan amat memuaskan, sedikit sebanyak saya dapat mempelajari cara untuk meredakan stres dengan cara yang betul mudah-mudahan selepas ini saya kan selalu senyum berfikiran positif, dan tidak cepat marah. Terima kasih. - Norsakina bt. Shamsi

Puan Lin ini dia seorang penceramah yang baik. - Hamamalathy a/p Sangurdam

Program ini memuaskan. Saya rasa amat berguna untuk meningkatkan keyakinan diri dan menghilang diri mengatasi tekanan. - Noraidah Bt. Sihab

Pandangan saya mengenai bengkel cara bijak menguruskan stress dan emosi amat memuaskan dan menarik. Puan lin memberi keterangan yang jelas dan saya amat memahaminya., - Noramila Binti Arifin - nora@satangjaya.com

Program motivasi anda hari ini memuaskan dan menghiburkan. - Norisam Harith

Saya berpendapat kursus ini memuaskan hati saya dan saya dapat banyak manfaat dan ilmu dari kursus ini. Bagaiman nak mengedalikan diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Yang paling Penting sekali dapat tahu bagaimana nak mengawal stress yang betul. Terima kasih atas segalanya. - Maria Hamzah - Mph1999@hotmail.com

Saya suka program ini. Anda seseorang penceramah yang baik. Kalau ada lagi saya ingin turut setia. Sekian terima kasih. - Jamilah Bt. Kamis

Seorang motivator yang bijak, baik hati dan menghiburkan sertai tidak membosankan. - Habibah Binti Ahmad

Motivasi yang disampaikan oleh puan amat memuaskan kami. Di dalam motivasi yang disampaikan daripada puan kami dapat banyak pengalaman untuk membuang stress dan dapat selesaikan masalah-masalah yang kami alami. Kami berterima kasih pada puan untuk memberi motivasi yang baik untuk kami. Kalau boleh kami nak dapatkan motivasi yang lebih lagi untuk ceriakan hidupan kami dan anak-anak. Sekian terima kasih. - Ghaury a/p Supramaniam


NLP pada 14 Januari dan 16 Januari 2010
NLP yang akak motivasikan pada Lina banyak manfaatnya. Presentation yang lina rasa gementar untuk lakukan telah dapat lina buat dengan motivasi tip-tip yang akak tunjukkan. Terima kaseh dan lina akan selalu mempraktikkannya untuk presentation yang akan lina buat pada masa akan datang.Salam. Kak tq lina boleh buat presentation & boleh jawab soalan. K. Sememangnya ada banyak manfaat. Lina akan jumpa akak lagi untuk memori lina pulak sebab lambat pick up – Ina Basar 17th January 2010

Selasa, 24 Mac 2009

Apakah NLP?

NLP adalah singkatan untuk Neuro Linguistic Programming (NLP). 'Neuro' merujuk kepada otak dan sistem saraf, yang menentukan apa yang kita lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh serta bagaimana ia boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih baik. 'Linguistik' (Linguistic) adalah cara seseorang menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan memperkayakan pengalaman-pengalaman hidup dengan lebih berkesan. 'Linguistik' juga merujuk kepada pemikiran manusia yang diperoleh melalui pemerhatian yang teliti terhadap pertuturan mereka pada diri sendiri dan juga orang lain. 'Atur Cara' (Programming) adalah pengatur caraan yang menggunakan pelbagai teknik dan proses untuk membantu seseorang bertindak balas secara positif dalam apa jua keadaannya. Ini adalah set kemahiran berfikir dan komunikasi yang digunakan oleh manusia seantero dunia.

NLP adalah falsafah dan alat pendidikan yang direka bentuk untuk mengajar seseorang "BAGAIMANA menjadi lebih bahagia atau gembira dan lebih berkesan." Ia mengajar "BAGAIMANA kita berfikir dan berkomunikasi dalam cara-cara yang lebih berguna." Ia menerokai "BAGAIMANA kita berfikir" dan "BAGAIMANA kelakuan kita." Ia memberi kita untuk menemui apa yang akan berlaku apabila kita 'melakukan' sesuatu yang baik dan 'tidak melakukan' sesuatu yang baik. Ia memberi kita pengetahuan. "BAGAIMANA orang lain melakukan perkara-perkara dengan berkesan." Ia menunjukkan kepada kita perbezaan itu menghasilkan perbezaan yang berkesan.

NLP alat yang sangat pantas untuk meningkatkan keupayaan manusia dan kemajuan prestasi yang pernah wujud. Orang ramai menggunakan NLP untuk meningkatkan kehidupan mereka dalam pelbagai cara.

Siapakah Pengasas NLP?

NLP dibangunkan pada pertengahan 70-an oleh John Grinder, Professor Madya di Universiti Santa Cruz California, dan Richard Bandler, pelajar siswazah. Bandler and Grinder amat berminat untuk mengetahui bagaimana seseorang mempengaruhi satu sama lain, kebarangkalian untuk meniru tingkah laku sesaorang dan keberkesanannya mempengaruhi orang lain. Kajian terdahulu, mereka telah dikendalikan di Universiti Santa Cruz di California. Apa yang menjadikan penyelidikan mereka istimewa adalah penggunaan teknologi daripada linguistik dan sains maklumat, bergabung dengan wawasan daripada psikologi dan sistem-sistem teori umum, untuk membuka rahsia-rahsia tertinggi komunikasi yang berkesan.

NLP, sebagaimana digunakan orang hari ini, adalah set model "bagaimana kesan-kesan komunikasi dan pengalaman subjektif." Ia lebih kepada satu himpunan peralatan teori berbanding mana-mana teori bulatan (overarching). NLP sangat pragmatik jika alat itu berkesan, termasuk di dalam model, walaupun tiada teori untuk menyokongnya. Kebanyakan berpura-pura berusaha; seringkali mencuba dan gagal, dan keputusannya seringkali tidak seperti yang kita mahu, cuba lagi sesuatu yang lain. Pada awalnya NLP berdasarkan kerja Virginia Satir Ahli Terapi Keluarga, Milton Ericsson Bapa Hypnotism, Fritz Perls Pengasas Gestalt Therapy, Gregory Bateson Ahli Antropologi.
Apakah Maksud NLP?

N bermakna 'Neuro' yang merujuk kepada bagaimana otak dan sistem saraf, pendapat umum dunia melalui pancaindera. Sistem neuro menerima maklumat dan memprosesnya melalui pancaindera. Sistem saraf kita mengandungi minda dan otak. Juga merujuk bagaimana minda dan badan kita berinteraksi. Merujuk kepada otak dan neurologi kita. Ia adalah tentang bagaimana kita mengambil maklumat. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan mata kita untuk melihat sesuatu gambaran. Cara-cara lain menghayati satu peristiwa termasuk: mendengar (bunyi), kinestetik (sentuhan atau perasaan emosi), gustatori (rasa) dan olfaktori (bau).

L bermaksud 'Linguistik' (Linguistic) yang merujuk kepada lisan dan sistem telekomunikasi bukan lisan. Lisan dan komunikasi bukan lisan. Bagaimana komunikasi lisan dan bukan lisan menjejaskan otak kita dan juga otak orang lain. Seseorang itu boleh berfikir dengan baik melalui pemerhatian yang teliti terhadap penggunaan bahasa gambar, bunyi-bunyi, perasaan, rasa, bau dan perkataan yang kita gunakan untuk mengingati peristiwa tertentu atau untuk meramal satu peristiwa yang akan datang. Sebagai contoh, adakah kita telah sarapan pagi tadi? Apabila kita mengingati bahawa kita sudah bersarapan, adakah kita nampak gambaran dalam fikiran kita, bolehkah kita mendengar bunyi melalui radio yang berkumandang, atau seseorang pernah bercakap dengan kita, bagaimana pula dengan rasa dan bau, bagaimana perasaan kita, gembira, letih, teruja? Pada masa akan datang, adakah kita nampak kejayaan pada diri kita atau kegagalan? Gambar-gambar, bunyi-bunyi, perasaan, rasa, menghidu dan perkataan yang kita gunakan untuk menghuraikan pengalaman-pengalaman masa depan telah mempengaruhi apa yang sebenarnya akan berlaku! Kita telah mencipta realiti kita sendiri!

P bermakna 'Atur Cara' (Programming) yang merujuk kepada keupayaan kita untuk mengatur semula diri kita sendiri melalui cara-cara positif untuk menghasilkan keinginan, pendapatan dan arah. Bagaimana kita melakukan 'program-program' atau tindak balas automatik berturut-turut terhadap kelakuan kita. Bukan sahaja kegiatan pengaturcaraan, tetapi untuk mengkaji pola-pola pemikiran dan corak tingkah laku atau program-program yang dilakukan oleh setiap orang dalam kehidupan sehariannya, merujuk kepada tabiat, corak, program, strategi dan sebagainya. Sebagai contoh, jika hari ini hari bekerja, adakah kita mengikuti satu pola yang khusus, seperti kita telah bersedia untuk bekerja? Mungkin kita suka baring di atas katil 5 minit lagi walaupun jam loceng telah berbunyi. Adakah kita terus mandi atau bersarapan dahulu?

Jika kita mengambil masa untuk melihat apa yang telah kita lakukan, saya pasti kita akan menyaksikan satu pola yang biasa kita buat sebagai persediaan untuk bekerja. Jika kita tidak mengikuti pola biasa, pasti terasa sesuatu yang tidak kena atau berbeza? Kita ada corak-corak, tabiat, strategi-strategi, dan program-program bagi semua yang kita lakukan. Separuh dari corak corak ini mungkin ada hasilnya dan mungkin tidak dikehendaki. Kita mungkin sedar sepenuhnya sesetengah corak kita. Kita mungkin perasan corak orang lain terutama apabila seseorang itu menarik perhatian kita. Dan kita boleh memilih untuk segera melupakan corak-corak ini kerana tidak mahu memberi perhatian terhadap bahagian itu dalam hidup kita. Dan di sana masih ada corak-corak lain yang kita tidak sedar sama sekali, tetapi mereka terus mempengaruhi bagaimana kita menjaga diri sendiri, berkomunikasi dengan orang lain, dan sebagainya. Jika dengan menggunakan corak-corak ini, kita berjaya menghasilkan sesuatu yang positif dalam hidup kita….. bagus! Jika kita dapati bahawa beberapa corak tidak memuaskan kita, adakah lebih baik kita mencari corak yang sesuai lalu mengubahnya? Siapa yang meletakkan corak kita, tabiat, strategi-strategi, dan program-program dengan betul? Kita! Jadi, siapa yang boleh mengubahnya? Kita boleh! Pertama, kita mesti sedar bahawa kita menentukan orak-corak ini.

NLP “Set Dalaman dan Kemahiran-Kemahiran”

NLP adalah satu "set dalaman dan kemahiran-kemahiran" Dengan menggunakan NLP "fikiran dan emosi dan badan kita untuk meneruskan kehidupan sendiri dengan lebih berjaya dan juga berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain dengan keberkesanan yang luar biasa". NLP dicipta secara teratur khususnya bagi membenarkan kita melakukan magik dengan mencipta cara baru untuk memahami "bagaimana komunikasi lisan dan bukan lisan menjejaskan otak manusia." Oleh itu, ia menghadiahkan kita dengan kesempatan untuk tidak hanya berkomunikasi lebih baik dengan dengan diri sendiri dan orang lain, malah juga belajar bagaimana untuk menguasai lebih daripada apa yang kita anggap, seperti fungsi-fungsi automatik neurologi kita sendiri. NLP sentiasa mengumpulkan maklumat, wawasan dan teknik-teknik mental yang membolehkan kita meningkatkan bagaimana cara kita berfikir, berkelakuan dan merasai serta membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

Menjadi 'mahir dalam NLP' membolehkan kita untuk:

Melakukan apa-apa yang telah kita lakukan dengan lebih baik
Memperoleh kemahiran dan sikap untuk melakukan apa kita tidak boleh lakukan sekarang, tetapi boleh melakukannya kelak
Berkomunikasi lebih berkesan dengan diri sendiri dan orang lain
Berfikir dengan lebih jelas
Mengurus pemikiran-pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang lebih efektif
Membentuk hubungan yang lebih baik
Mempunyai hubungan baik (rapport) dengan orang lain
Memperbaiki masa depan kita, di tempat kerja dan peribadi
Hasilnya dapat membantu kita untuk mendapatkan lebih banyak wang
Menambahkanan motivasi kita
Menambahan tenaga kita
Membantu kita mencapai apa yang kita ingini
Memperbaiki imej kita
Membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik
Membantu kita mendapatkan keinginan yang kita mahu
Mengubah atau menghapuskan kelakuan yang tidak sesuai atau tak diingini
Meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal
Resolusi konflik-konflik dalaman
Perubahan tingkah laku
Pengukuhan tahap hubungan baik (rapport)
Matlamat-matlamat bermakna yang berkembang & strategi-strategi jelas untuk pencapaian
Memahami tanda tanda bukan lisan & corak-corak pertuturan
Membawa batas kepercayaan & struktur bawah sedar
Menggunakan keadaan kecekapan & keyakinan - dalam keadaan kecemerlangan
Kepuasan pekerjaan
Perhubungan yang memuaskan
Kesihatan fizikal & tenaga
Kreativiti lebih tinggi
Mengawal diri & menambah keyakinan
Penggunaan masa yang lebih baik
Fleksibiliti ditingkatkan
Keupayaan untuk memotivasikan diri sendiri & orang lain
Kecekapan kerja bertambah
Pujukan ditingkatkan & mempengaruhi kemahiran-kemahiran
Kesedaran gaya pemikiran daripada pelbagai jenis Manusia

Keupayaan bagi memenuhi tekanan
Hidup yang penuh azam!
Dan sebagainya….

NLP adalah satu kaedah yang berkuasa, teknologi dan malah satu sikap... direka bentuk bagi membantu kita membina dan memudahkan mental, sumber-sumber emosi fizikal, kemahiran-kemahiran dan kreativiti semula jadi! Ia distrukturkan untuk memberi kita ruang menerokai potensi sebenar kita secara peribadi dan profesional! Belajar untuk mengalami dalam suasana yang tenang, kesedaran dan lapang fikiran. Terokailah kreativiti, lorong-lorong terbuka untuk kesihatan optimum, perubahan membataskan kepercayaan dan meningkatkan harga diri!

Adakah NLP Perlu Banyak Belajar?

NLP bukan suatu proses intelektual. Sebaliknya NLP berkaitan sikap atau tingkah laku dan "apa kita buat dengan apa kita tahu, daripada dengan apa kita tahu" sahaja. Menjadi mahir dengan NLP memerlukan latihan yang sering dan cara yang betul. Dan kita boleh melakukannya dalam aktiviti-aktiviti seharian kita dan interaksi dengan diri kita sendiri dan juga orang lain.

NLP menyediakan asas yang cemerlang untuk memperbaiki keberkesanan setiap orang dalam organisasi kita. NLP unik bagi setiap pelajar dan membolehkan mereka mencipta alat yang sangat berkuasa untuk menjual, membentangkan, berunding, menguruskan, mengubah, mengetuai dan belajar. Sebenarnya, semua kemahiran ini yang akan memperkukuh kejayaan organisasi kita.

NLP adalah sistem pengendalian yang dibina oleh manusia untuk aplikasi mereka sendiri. Dalam pengalaman saya, semua orang yang hadir Seminar, Latihan atau Bengkel NLP mendapat sesuatu yang unik dan bermotivasi, keupayaan untuk menyesuaikan dengan apa mereka telah pelajari untuk kemahiran-kemahiran mereka sendiri, keperluan dan tanggungjawab. Soalannya adalah bagaimana kita terus mengembangkannya? Bagaimana kita boleh melindungi pelaburan ini dalam pembelajaran, manusia dan pengetahuan? Mengapakah banyak syarikat membeli perkhidmatan penyenggaraan? Mengapakah ahli sukan terbaik berlatih setiap minggu? Jawapannya adalah penyenggaraan perlindungan biasa pelaburan asal. Adakah kita melakukan sistem perisian terbaru pada komputer kita? Adakah syarikat kita atau diri kita sendiri meningkatkannya selalu? Mengapa syarikat atau kementerian kita dan diri kita membelanjakan wang untuk mengendalikan perisian? Ia tidak melakukan apa-apa pun! Jika kita menggunakan Windows atau MacOS atau sistem pengendalian lain, ia sebenarnya tidak membuat sesuatu yang berguna untuk kita, pengguna. Sistem operasi hanya membenarkan kita mengendalikan aplikasi lain; perisian yang membenarkan kita menulis surat, melukis gambar dan menambah nombor. Tugas-tugas ini amat berguna kerana mereka mengembangkan keupayaan diri sebagai seorang manusia. Pertimbangkan ini dan fikirkanlah. Sebuah PC tidak boleh membuat apa-apa sahaja yang kita tidak boleh buat. Kita boleh menulis, melukis dan mengira. Komputer tidak boleh melakukan apa-apa yang kita tidak lakukan. Kita boleh menulis, melukis dan menambah apa-apa sahaja. Justeru, tidak hairanlah jika kita membeli komputer, kemudian ia melakukannya. Bolehkah kita bayangkan hidup tanpa komputer? Bolehkan kita bayangkan hidup tanpa telefon atau kereta? Teknologi ini amat bermanfaat, boleh mengembangkan keupayaan kita. NLP membenarkan teknologi, membolehkan kita melebarkan persembahan maksimum daripada diri kita sendiri.

Siapa Yang Mendapat Faedah Dari NLP?

Doktor, Pelajar, Ibu Bapa, Ahli Terapi, Guru, Pengurus, Ahli psikologi, Jurujual, Pelatih, Konsultan Perniagaan, Jururawat, Pemasaran, Wakil Insurans, Pekerja Pernerbangan atau Perkapalan, Peguam, Jurutera, Akitek, Peruncit, Pakar kesihatan, Ahli Politik, Kakitangan Seragam seperti Polis, Tertera, Bomba dan lain-lain lagi dialu-alukan menghadiri kursus ini mendapati NLP amat berguna…kerana "NLP adalah tentang kehidupan, dan tentang kemahiran-kemahiran manusia. "


NLP diterima kerana ia mengajar orang "bagaimana untuk menambah nilai atau harga diri dalam kehidupan mereka." Dengan mempelajari NLP, kita akan mengetahui bagaimana manusia menguruskan otak sendiri dan menjadi lebih berjaya semasa berinteraksi dengan diri sendiri dan juga terutamanya dengan orang lain.

Salah satu cabaran utama pada hari ini pasukan polis moden adalah keupayaan untuk semua pangkat (bukan sahaja pegawai berpangkat pada masa dahulu) dapat ‘berkomunikasi dengan baik’ - NLP adalah alat set perkakas dan arahan digunakan mencapai sesuatu untuk seseorang anggota atau pegawai polis dapat berkomunikasi dengan teliti, juga kepandaian berbicara, berbincang serta soal siasat yang berkesan.